TAKAFUL PUTERI

Tuesday, March 23, 2010 |


PictureTakaful Puteri
Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink).

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.


Terdapat 2 pelan pilihan iaitu
1. Takaful Puteri
2. Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga peringkat perlindungan yang boleh dipilih iaitu :
   1. RM50,000
   2. RM100,000
   3. RM150,000

Tempoh matangnya juga boleh dipilih yang terdiri iaitu :
   1. 60 tahun
   2. 70 tahun
   3. 80 tahun

A) Pelan Takaful Puteri :

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

a) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar. Kanser berkaitan wanita

   1. Kanser payudara atau
   2. Kanser Uterus Serviks atau
   3. Kanser Tiub Falapio atau
   4. Kanser Ovari atau
   5. Kanser Uterus atau
   6. Kanser Vagina/Vulva atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks. Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, bayaran baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

b) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
   1. Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
   2. Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
   3. Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
   4. Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

B) Pelan Takaful Puteri Plus :

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita. Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

a) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar.     
   1. Komplikasi Kehamilan
   2. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
   3. Kehamilan Ektopik atau
   4. Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
   5. Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
   6. Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

b) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah. RM20,000 akan dibayar.
   1. Penyakit-penyakit Kongential Bayi
   2. Sindrom Down atau
   3. Kecacatan Vetrikel Septum atau
   4. Kecacatan Atrium Septum atau
   5. Spina Bifida atau
   6. Lelangit Rekah

Nota : Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota : Kejadian yang boleh dituntut adalah di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu dan ianya mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat diinsurankan.

0 comments:

Post a Comment