TAKAFUL HEALTH

Tuesday, March 23, 2010 |


Pelan Insurans Takaful Health sediakan bonus ganjaran.


   KUALA LUMPUR -Prudential BSN Takaful Berhad (Prudential BSN) memperkenalkan pelan perubatan terbaru,Takaful Health yang memberikan ganjaran kepada pelanggan kekal sihat.Tanpa Tuntutan (BTT) itu merupakan pelan pertama diperkenalkan dalam industritakaful di negara ini.
   "Takaful Health ialah produk inovatif yang membayar pelanggan untuk kekal sihat dan pada masa yang sama melindungi mereka apabila jatuh sakit".
   "Sekiranya pelanggan tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun mereka akan memnerima bonus tahunan sehingga RM500 setiap tahun bergantung kepada jenis pakej yang diambil",katanya slepas pelancaran produk Takaful Health di sini semalam.
   Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pengedaran Prudential BSN,Wan Azman Wan Mamat dan Ketua Pembangunan Produk dan Perkhidmatan Aktuari Prudential BSN,Zailan Arshad.
   Takaful Health menyediakn perlindungan hospital dan perubatan yang menyeluruh sehingga pelanggan berusia 80 tahun dan akan membayar kos kemasukan  hospital,pembedahan dan rawatan peaskit luar.
   Pelanggan boleh memilih lima pelan Takaful Health iaitu TH100 yang memberikan BTT sebanyak RM100 setahun, TH150 (RM150), TH200 (RM300), TH300 (RM400) dan TH400 (RM500).
   Azim berkata,produk terbaru itu merupakan pelan yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan dan kemampuan untuk semua lapisan masyarakat.
   "Mana-mana individu yang berumur dari setahun sehingga 60 tahun layak mengambil produk ini dan mampu dimiliki kerana premium bulanan serendah RM100 sehingga RM500,"jelasnya.
    Takaful Helath boleh dibeli bersama Takafulink atau Takaful Cerdik,pelan-pelan berkaitan pelaburan serta pendidikan Pudential BSN.
   Produk itu juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan dan menikmati tuntutan hayat yang lebih tinggi iaitu sepuluh kali ganda daripada had tuntutan tahunan pelan terpilih.
   Beliau juga menyatakn produk itu meliputi sebanyak 35 buah panel hospital diseluruh negara.
   Prudential BSN kini mempunyai lebih daripada 300,000 orang pelanggan.


  Sumber : Akhbar Kosmo Nov 17,2009



0 comments:

Post a Comment