Bantu kerajaan tangani beban hutang

Sunday, May 30, 2010 |

KUALA LUMPUR: Orang ramai menyambut baik cadangan untuk memansuhkan subsidi secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan mereka bersetuju dan mahu membantu kerajaan bagi mengurangkan beban hutang negara yang dianggar meningkat menjelang 2019 sehingga boleh mengakibatkan negara muflis.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Zarina Mustafa, 29, yang ditemui berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan memerlukan kajian yang lebih teliti bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terjejas dengan pemansuhan subsidi.

Bagi seorang bekas kakitangan swasta, Siti Zabidah Darimin, 51, berkata rakyat perlu membiasakan diri untuk tidak bergantung terhadap subsidi yang diberikan kerajaan bagi menjadikan negara lebih kompetitif pada masa depan.

“Saya terima penghapusan subsidi ini, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi kerajaan ...pada masa sama saya cuma mahu kerajaan sentiasa memantau pergerakan pemborong barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak masak supaya tidak berlaku sebarang manipulasi harga dan penyimpanan stok,” katanya di sini, semalam.

Pekerja swasta, Jenny Lim, 53, berkata walaupun kerajaan bercadang untuk memansuhkan subsidi, pemberian rebat dan diskaun sedikit sebanyak membantu rakyat untuk tidak berasa tertekan dengan pemansuhan berkenaan.

Pelajar Universiti Malaya (UM), Aisyah Tukiman, 29, berkata kini adalah masa paling sesuai untuk rakyat merubah pendirian diri demi untuk kepentingan negara pada masa depan.
“Sebagai rakyat kita perlu ada semangat untuk membantu negara dan cadangan ini perlu diterima dengan baik kerana ia tidak akan membebankan rakyat berikutan dilakukan secara berperingkat.

Sementara itu, pekerja swasta, Anandaraj, 50, berpendapat, rakyat Malaysia kini boleh menerima kenaikan sesuatu barangan dan perkhidmatan seperti petroleum serta kadar tol, namun beliau mahu kerajaan memberi perhatian kepada barangan keperluan harian seperti gula, tepung dan minyak masak yang dikhuatiri akan menyebabkan harga makanan naik secara mendadak

Persandingan Luar Biasa

|

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

KENAPA SAYA MEMILIH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BHD.

|

1) Syarikat Besar (Berhad),Modal Berbayar Pru Bsn 100 Juta.Pengalaman 150 Tahun Di Dunia, Dan 84 Tahun Di Malaysia.Cuba Tanya Hospital Pakar Cth Ampang Puteri, Glanangles,Sjmc, Takaful Apa Yang Membayar Claim Bil Hospital Dengan Cepat(Good Pay Master)...Mereka Akan Jawab Pru Bsn Takaful.Prudential Hanya Satu-Satunya Sykt Antarabangsa Yg Mempunyai Kepakaran Insuran Yg Mendapat Lesen Takaful Di Malaysia.(Bergabung Dengan Bsn 51% Saham, Prudential 49%)..Sebab Itu Kena Pilih Sykt Yg Kukuh, Ada Jaminan Syarikat Akan Tetap Wujud Walau Berpuluh Tahun Akan Datang...

2)Mencatat Jualan Takaful Tertinggi Untuk New Business Di Malaysia pada 2007, RM 147 Juta

3.Produk Kompraehensif.Ada Investmet,Retirement, Education, Medical Card, Investment Link, Takaful

4)Sykt Takaful Pertama Menawarkan Plan Medical Card, Pelaburan, Pendidikan,Pesaraan,Dll

5)Kadar Keuntungan Tinggi Tahun 2007- 33%, Sila Lihat Majalah Personal Money Jan 2008.

6.Prudential Kerana Kepakaran 150 tahun DAN BSN syarikat Milik Kerajaan.."



We Are Number 1