Pelanggan boleh pilih tempoh matang dan kongsi keuntungan
IBARAT kata Tom Hanks dalam filem lakonannya Forrest Gump, hidup kita umpama sekotak coklat.Cabaran yang kita hadapi selalunya berlaku di luar jangkaan kita. Justeru,kita perlu sentiasa bersedia untuk mengharungi dugaan hidup terutama dari segi kewangan kerana kita tidak tahu bila musibah bakal melanda. Seperti kata pepatah, malang tidak berbau.
PELAN insurans dapat mengurangkan beban kewangan ketika ditimpa musibah.
PERLINDUNGAN insurans boleh membantu apabila berdepan bencana seperti kebakaran.
Salah satu caranya adalah menerusi insurans.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan, insurans hayat sementara adalah pilihan terbaik bagi mereka.
Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Bhd, Heng Zee Wang, berkata insurans jenis ini lazimnya hanya memberikan perlindungan bagi tempoh tertentu atau masa yang terhad berdasarkan premium tertentu.
Ia tidak mempunyai sebarang ciri-ciri simpanan. Namun, sekiranya anda inginkan jaminan perlindungan yang lebih menyeluruh, ia boleh ditukar menjadi insurans hayat seumur hidup mahupun endowmen tanpa memerlukan sebarang bukti kesihatan.
"Dengan insurans hayat seumur hidup, anda akan menikmati kelebihan seperti nilai tunai dan peluang untuk berkongsi dalam keuntungan yang diperoleh oleh syarikat insurans. Tempoh kematangan bagi insurans jenis ini jauh lebih panjang dan lazimnya mencecah umur 100 tahun," kata Heng.
Sekiranya anda mahukan sesuatu yang memberikan pulangan dalam tempoh yang lebih singkat, insurans hayat endowmen adalah jawapan anda.
Tempoh kematangannya jauh lebih singkat berbanding insurans hayat seumur hidup.
Ada antaranya yang mencapai kematangan seawal lima tahun.
Lazimnya anda bebas menentukan tempoh kematangan bagi insurans ini mengikut keperluan anda.
Contohnya anda boleh memilih endowmen untuk mencapai kematangan apabila anda bersara bagi menampung perbelanjaan anda kelak selain daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Endowmen turut memberikan anda peluang untuk berkongsi dalam keuntungan syarikat insurans.
Selain daripada ketiga-tiga jenis insurans hayat yang dinyatakan di atas yang diklasifikasi sebagai polisi hayat tradisional, anda juga boleh memilih untuk melabur dalam pelan insurans berkait pelaburan (ILIP) yang menawarkan kebebasan serta ketelusan yang lebih tinggi dari segi pengurusan wang pelaburan anda.
Anda dapat menentukan tahap perlindungan dan pelaburan yang anda ingini, serta menentukan dana yang mana premium anda akan dilaburkan.
Pendek kata, pulangan yang bakal anda peroleh bergantung kepada prestasi pasaran serta pilihan anda.
Namun, sekiranya anda merasakan risikonya terlalu tinggi, anda boleh memilih insurans tanpa penyertaan yang menawarkan jaminan dividen minimum yang kini boleh didapati di Malaysia.
Heng berkata, salah satu kelebihan utama insurans jenis ini berbanding ILIP ialah jaminan yang diberikan terhadap pulangan pelaburan anda tidak kira apa juga keadaan pasaran, sekali gus mengurangkan pendedahan risiko terhadap pelaburan anda.
Di Malaysia, Prudential ialah syarikat insurans pertama untuk memperkenalkan produk ini.
Dalam soal perlindungan, tidak timbul soal pelan yang betul mahupun yang salah.
Apa yang penting cuma kesesuaiannya berdasarkan keperluan serta kemampuan masing-masing.Â
Jadi buatlah pilihan terbaik untuk melakarkan pelan perlindungan yang paling menyeluruh untuk anda dan keluarga.
Selain itu, dapatkan khidmat pakar perancang kewangan untuk membantu anda membuat perancangan terbaik bagi menjamin kesejahteraan hidup anda dan keluarga.