Testimonial

Wednesday, March 24, 2010 |


Testimoni -1.

Info Kes : Batu Karang Dalam Buah Pinggang
Hospital : Subang Jaya Medical Centre
Symptom : Loya dan muntah2. Hilang selera makan disebab terdapat angin dalam perut. Muka menjadi pucat dan badan menjadi tak bermaya hingga boleh manjadi pitam.
Maklumat Rawatan : Pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggang.
Kos Rawatan : RM 23,000 ++ (Termasuk rawatan susulan) (Semua bill dibayar oleh Prudential - Medical Card)
Elaun Hospital : RM 4150 (termasuk elaun bedah)


Premium Bulanan : RM 150 Sahaja....








Testimoni - 2

Info Kes : Breast Cancer (removal)
Hospital : Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH)
Symptom : Ada ketumbuhan kecil di bahagian payu dara
Maklumat Rawatan : Removal of right breast. Follow up dengan rawatan Kimoterapi.
Kos Rawatan Setakat ini : RM 15,000K++
Elaun Hospital : RM 4,450++
Caruman Bulanan: RM 250


Bill dibayar terus ke hospital...client hanya bayar 10% co-takaful, maksimum RM 1000. Dalam case nie, client kena bayar RM 1,000. Selebihnya diselesaikan oleh PruBSN Takaful.



Masuk wad 8 hari, sehari elaun hospital RM 400, 8 hari x 400 = RM 3,200 (dah lepas duit co-takaful, siap dapat lebih lagi)..and yang paling special...and saya rasa susah nak jumpa kat plan2 lain selain Prulink/Takafulink daripada Prudential/PruBSN Takaful iaitu adalah...SURGICAL PROCEDURE BENEFIT . Breast cancer (removal)...level 5 : RM 1,250...so, total elaun diterima := RM 4,450.





Yang ini cheque yang client dapat. Apa yang ditulis dalam polisi, akan dibayar...tiada satu pun tak dibayar....so, jangan le hendaknya masih ada yang tak percaya dengan insurance/takaful lepas nie...


Ok, akhir sekali, selepas rawatan selesai, dan dapat elaun hospital, elaun bedah dan sebagainya, dapat pulak pampasan sakit kritikal RM 20,000 (lumpsum)..then, lepas tu caruman RM 250 sebulan, tak perlu nak bayar lagi, sebab cancer, (salah satu sakit kritikal). Policy remain inforce (i.e boleh cover) selagi benefit ada atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu. Client nie baru je bayar 12 bulan, RM 250 x 12 = RM 3,000. Bill dah berapa?..elaun hospital, pampasan sakit kritikal.....lihat lah sendiri kenapa kita perlu ada plan Takaful yang comprehensive....

Testimoni-3
Info Kes : White Wolf Parkinson Disease (sakit di bahagian arteri)
Hospital : IJN, Melaka Symptom : Sakit dada dan jantung berdegup kencang. Sesak nafas seperti orang kena serangan jantung.
Maklumat Rawatan : Tiada maklumat terperinci. Akan di update setelah dapat bill dari hospital mengenai rawatan yang dibuat. Kos Rawatan : RM 16,000 ++ Elaun Hospital : RM 4850 (termasuk elaun ICU)








Lagi Claim utk client...ini semua claim elaun Hospital dan elaun bedah. Ada yang claim bill dengan PruBSN, ada yang claim bill dengan company client kerja. Tapi Elaun Hospital tetap akan dapat. Berbaloi2...



Jadi kepada anda yang masih lagi mencari2 plan mana yang bagus dan sesuai untuk anda dan keluarga anda, dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami...

Cara Untuk Claim...

|

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.

Berikut antara cara-cara membuat claim dan beberapa contoh claim untuk rujukan anda.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful...


2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.
6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

Tugas-Tugas Sebagai Agent

|

Mungkin ramai yang diluar sana tertanya-tanya, apa sebenarnya tugas-tugas agent. Mungkin tanggapan orang yang bukan di dalam industri ini ingat kami (agent insurance) hanya buat sales dan servicing client. Dan tak kurang juga yang mengganggap business insurance nie hanya dibuat dirumah secara sambilan.

Di Agency kami Al Isra' Associates Sdn Bhd, agent yang join ada 2 kategori.

1- Full time
Structured Day untuk agent full time

  • WAJIB datang office setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat tepat pukul 8.00 am.
  • Setiap pagi yang datang ke office ada morning meeting. Isnin pagi 8.00 am sampai 11.00 am, weekly meeting and presentation. Rabu dan Jumaat, 8.00 am sampai 8.45 am.
  • Selasa dan Khamis tidak diwajibkan untuk datang ke office pagi, agent terus pergi ke appointment pagi bersama client atau breakfast appointment bersama client atau prospect. Akan tetapi, sekiranya tidak ada sebarang appointment, agent perlu datang ke office untuk membuat phone call dan kerja2 office yang tertunggak (back log)
  • Selepas meeting pagi, agent perlu buat 30 call tanpa gagal, biasanya antara 1 jam hingga 1 jam setengah. Selepas itu, agent perlu keluar untuk appointment. Sekiranya tiada appointment, agent perlu keluar untuk dapatkan appointment (fight for an appointment).
  • Sebelah petang, normally pukul 6.00 pm, perlu datang ke office untuk prepare quotation atau paper work untuk appointment esok. Dan seterusnya bagi agent2 baru, perlu berjumpa dengan senior agent atau manager untuk post mortem presentation dan role play untuk tingkatkan skill.
  • Setiap Sabtu, pagi hingga tengahari, datang ke office untuk buat planning dan susun semua details prospect (prepare quotation, proposal dan paper work yang berkaitan, susun nama untuk di call pada minggu berikutnya) selain menyediakan policy yang dah diterima untuk dihantar kepada client pada minggu berikutnya. Hari ini juga biasanya akan diadakan group meeting (synergistic group)...
  • Setiap Jumaat minggu pertama pukul 8.00 pm sampai 10.00 pm, wajib hadir agency meeting.
  • Setiap Sabtu minggu pertama setiap 3 bulan, wajib hadir untuk Agent Planning Workshop, biasanya kami buat di Janda Baik, luar KL....untuk buat DOME (Diagnostic, Objective, Method dan Evaluation)
  • Wajid sertai activity agency seperti Booth, Blitz dan sebagainya sama ada yang telah ditetapkan oleh group atau agency.

2- Part time
Kami menerima agent part time, tapi kami akan tetapkan antara 6 bulan hingga setahun, agent tersebut perlu membuat keputusan untuk menjadi agent full time.

Antara tugas-tugas agent part time :
  • Agent part time tak wajib hadir morning meeting. Tapi perlu hadir pada sebelah malam untuk training, submit application client, buat quotation, dan paper work.
  • Wajib hadir agency meeting, setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan
  • Wajib hadir Agent Planning Workshop di Janda Baik
  • Wajid sertai activity yang telah ditetapkan oleh agency seperti booth, blizt dan sebagainya.
  • Wajib hadir pada hari sabtu untuk planning dan role play bersama manager bagi meningkatkan skill sales cycle.
  • Wajib buat call 30 call sehari, untuk dapatkan appointment setiap minggu.

Syarat Kelayakan untuk menjadi Agent

|

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.

Permohonan Agent baru

1. Syarat Kelayakan (minimum)

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)

2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan agent baru
  • Melengkapkan borang permohonan asal (Fax tidak dibenarkan)
  • Sijil Akademik (min SPM/MCE dengan 5 subjek lulus)
  • Salinan IC (depan / belakang)
  • 6 salinan gambar berukuran passport (tulis nama dan no IC dibelakang setiap keping gambar)
  • Selection Interview Sheet
  • Borang pendaftaran LIAM yang lengkap dan Yuran LIAM sebanyak RM 30.00
  • Sijil PCE & CEILLI atau slip keputusan peperiksaan. Buku rujukan PCE dan CEILLI, klik sini
  • Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic & Conduct yang lengkap diisi
  • Borang Auto Pay
  • Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Agent Sepenuh Masa (full time) perlu menghantar salinan surat perletakkan jawatan daripada syarikat terdahulu
3- Latihan (Training)
  • Agent Foundation Training (AFT) - Attitude, Skill & Knowledge (ASK) (3 x seminggu selama sebulan)
  • Agent Advance Trainning (AAT) - Advanced ASK dan Sales Cycle ( 2 x seminggu selama 2 bulan)
  • Agent Review & Follow Up Follow Through (FUFT), Join field work etc. (1 x seminggu selama 3 bulan)
4- New Agent Monitoring, Coaching & Supervision
  • Mentoring dan Buddy-Buddy System
Maklumat tambahan. Untuk makluman anda, di Prudential/PruBSN bukan sahaja memberikan komisen atas sales yang telah kita buat. Malah yang paling best pada saya adalah BONUS. So, ini saya sertakan sedikit info mengenai struktur komisen & bonus.
Sebagai contoh kalau anda buat sales sebanyak 300,000 ACI (Annual Premium Income). Kalau 13% daripada 300K berapa? Bonus sahaja RM 39,000. Tak termasuk commission bulanan anda trip melancong ke Luar Negara.