Ko-Takaful

Saturday, April 17, 2010 |

Salah satu daripada tujuan Ko takaful diperkenalkan bagi membolehkan perkongsian kos berkaitan tuntutan perubatan dan rawatan sakit luar berkaitan kemasukan hospital antara peserta pelan Takafulink dan PruBSN Takaful.
Walaubagaimanapun, peserta pelan Takafulink hanya membayar sebanyak 10% berbanding dengan PruBSN Takaful sebanyak 90% daripada jumlah tuntutan rawatan. Dan jumlah bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan iaitu :
a – Tuntutan rawatan perubatan : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Minima RM300 dan Maksima RM1,000 oleh peserta.
b – Tuntutan rawatan pesakit luar berkaitan kemasukan hospital : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Maksima RM2,000 oleh peserta.

Bayaran ko takaful perlu dibayar terlebih dahulu sebelum peserta keluar dari hospital. Kadang-kala kemungkinan besar bayaran ini akan ditolak daripada bayaran deposit yang dikenakan sewaktu kemasukan peserta ke hospital.
Peserta kemudiannya boleh membuat tuntutan manfaat elaun hospital atau membuat pengeluaran dari akaun pelaburan atau akaun peserta dengan menggunakan borang tuntutan atau pengeluaran. Boleh rujuk kepada agen untuk bantuan.


Cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah ko takaful (bergantung kepada situasi anda) :
1 – Peserta adalah dinasihatkan untuk mengambil rider tambahan iaitu berkaitan dengan elaun hospital (HB) dan elaun perlindungan perubatan (MC) bagi mengurangkan atau mendapat lebihan setelah pembayaran ko takaful dibuat.
2 - Simpanan di dalam akaun pelaburan peserta melalui sumbangan Takaful Saver dan Bonus Tiada Tuntutan akan membolehkan peserta membuat pengeluaran pada bila-bila masa apabila simpanan minima mencecah RM500.
3 – Sebagai tambahan, simpanan dari akaun peserta juga boleh dikeluarkan dengan minima pengeluaran sebanyak RM1,000 dengan syarat baki yang ditinggalkan adalah sebanyak RM1,000 di dalam akaun tersebut.

0 comments:

Post a Comment