Salah satu daripada tujuan Ko takaful diperkenalkan bagi membolehkan perkongsian kos berkaitan tuntutan perubatan dan rawatan sakit luar berkaitan kemasukan hospital antara peserta pelan Takafulink dan PruBSN Takaful.
Walaubagaimanapun, peserta pelan Takafulink hanya membayar sebanyak 10% berbanding dengan PruBSN Takaful sebanyak 90% daripada jumlah tuntutan rawatan. Dan jumlah bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan iaitu :
a – Tuntutan rawatan perubatan : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Minima RM300 dan Maksima RM1,000 oleh peserta.
b – Tuntutan rawatan pesakit luar berkaitan kemasukan hospital : 10% dari jumlah bil yang tertakluk kepada bayaran Maksima RM2,000 oleh peserta.
Bayaran ko takaful perlu dibayar terlebih dahulu sebelum peserta keluar dari hospital. Kadang-kala kemungkinan besar bayaran ini akan ditolak daripada bayaran deposit yang dikenakan sewaktu kemasukan peserta ke hospital.
Peserta kemudiannya boleh membuat tuntutan manfaat elaun hospital atau membuat pengeluaran dari akaun pelaburan atau akaun peserta dengan menggunakan borang tuntutan atau pengeluaran. Boleh rujuk kepada agen untuk bantuan.
Cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah ko takaful (bergantung kepada situasi anda) :
1 – Peserta adalah dinasihatkan untuk mengambil rider tambahan iaitu berkaitan dengan elaun hospital (HB) dan elaun perlindungan perubatan (MC) bagi mengurangkan atau mendapat lebihan setelah pembayaran ko takaful dibuat.
2 - Simpanan di dalam akaun pelaburan peserta melalui sumbangan Takaful Saver dan Bonus Tiada Tuntutan akan membolehkan peserta membuat pengeluaran pada bila-bila masa apabila simpanan minima mencecah RM500.
3 – Sebagai tambahan, simpanan dari akaun peserta juga boleh dikeluarkan dengan minima pengeluaran sebanyak RM1,000 dengan syarat baki yang ditinggalkan adalah sebanyak RM1,000 di dalam akaun tersebut.
Ko-Takaful
0 comments Labels: Ko-Takaful
Adakah kita berisiko menghidapi kanser??
Kanser paru-paru
Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.
Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.
Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.
Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.
Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.
Kanser payudara
Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.
Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.
Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.
Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.
Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.
Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.
Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.
Kanser usus dan rektum
Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.
Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.
Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).
Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.
Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.
Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.
Kanser kulit
Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.
Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).
Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur.
Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.
Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.
Kanser ovari
Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.
Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.
Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.
Kanser rahim
Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.
Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang tinggi.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron) , tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.
Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.
Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.
Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.
Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:
“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.
“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.
“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.
“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.
Kanser pangkal rahim
Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.
Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).
Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.
“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
“Pendarahan abnormal melalui faraj
“Pendarahan selepas hubungan kelamin
Kanser faraj
Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.
“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
“Kegatalan
“Pendarahan yang abnormal
“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat
Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.
0 comments Labels: Artikel
Pelan Pendidikan Terbaik Untuk Anak-Anak
Ramai yang dah tahu, bila anak besar, nak masuk Universiti, mak dan ayah perlu menyediakan fund atau dana yang cukup untuk menampung segala macam kos pembelajaran anak-anak di pusat pengajian tinggi. Persoalannya, kenapa masih ramai lagi yang masih tak nampak perkara ini?
Saya ingin berkongsi, apa signifikannya kita kita sediakan biasiswa untuk anak kita lebih awal.
1- Ramai orang menganggap, kerajaan memberi bantuan pelajaran kepada student2 yang skor dalam matapelajaran masing2. Tapi hakikatnya, adakah semua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan mereka, boleh terus melayakkan untuk mendapat bantuan pinjaman pelajaran? Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa anak mereka boleh mendapatkan bantuan biasiswa daripada JPA, MARA dan sebagainya apabila nak masuk ke Universiti satu masa nanti. Tapi, hakikatnya adalah pinjaman pelajaran PTPTN yang dikenakan interest 4%.
Akibatnya, habis je belajar, pelajar dah terbeban dengan bayaran balik pinjaman pelajaran yang dikenakan interest (4%)....kalau loan tanpa interest boleh le tahan lagi. Ini siap kena interest.
Di sini saya ingin kongsikan keratan akhbar, simple tapi cukup dalam mesej yang ingin disampaikan.
Sumber : The Star Education : Sunday 24 May 2009
Berdasarkan gambar di atas, kita boleh melihat, betapa ketat syarat2 untuk mendapatkan biasiswa khususnya JPA? Bukan setakat perlu cemerlang dalam bidang academic dan Ko-kurikulum sahaja, latar belakang sosio ekonomi pun di ambil kira, kemudian perlu menjalani interview terlebih dahulu, dan akhirnya baru tahu layak atau tak layak. Dalam paper, ada beberapa orang complaint, anak mereka dapat score dalam exam UPSR, PMR, SPM dan STPM, tapi tak dapat biasiswa, akhirnya tak jadi nak sambung belajar ke universiti. Bukankah itu satu penganiayaan kepada anak kita sendiri.
Berdasarkan pengalaman saya, ada yang menyatakan.."Saya tak mampu untuk membuat simpanan pendidikan untuk anak saya...." . Tapi ditangan masih ada puntung rokok yang disedut. Bayangkan, ada ayah yang mampu untuk membeli rokok yang harga sekotak hampir RM 10. Tetapi tak mampu untuk simpankan duit untuk anak belajar.Kalau sehari RM 10 untuk sekotak rokok, sebulan, 30 hari dah RM 300. Bayangkan, 300 sebulan....untuk rokok mampu, untuk anak belajar tak mampu....akhirnya bila anak dapat masuk Universiti, baru kelam kabut nak cari duit untuk bayar yuran dan sebagainya. Kalau tak dapat, sanggup meminjam dan rasa2nya siapa yang akan beri pinjam?...Jangan harap pertolongan dari orang lain, kalau kita sendiri tak nak tolong diri kita.
Cuba lihat carta ini .....
Kes -1 : Duit ada, dan anak boleh belajar...so, OK lah. Sebab boleh teruskan pelajaran, dan ada fund untuk belajar
Kes -2 : Duit ada, tapi anak tak boleh nak belajar, atau tak nak belajar...pun OK...sebab, anak pun tak nak belajar....duit boleh suruh dia buat business atau suruh dia buat apa yang dia minat...(yang bermanfaat, bukan yang tak bermanfaat pulak)
Kes -3: Duit tak de nak hantar anak masuk Universiti, Anak pulak tak bleh nak belajar and tak nak belajar...so, OK jugak. Alang2 duit pun dah tak de, anak pun tak nak belajar...tak payah pening2 kepala.
Kes -4 : Haaaa...yang ini, kena tengok bebetul. Duit tak de, tapi anak boleh belajar dan nak belajar. Cuba renungkan sekejap, sekiranya ia terjadi kepada anak kita, apakah perasaan kita masa itu.?..dan apakah perasaan dia masa itu. Bila melihat dia layak untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti, tapi terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan tak mampu dari segi kewangan.
Memang betul, sekarang nie banyak tawaran dari PTPTN..tapi, kalau kita lihat...bantuan PTPTN tersebut pada saya lebih kepada nak buat duit. Sebabnya, kenapa perlu dikenakan interest sehingga 4% . Dah sama macam loan dengan bank pulak. Kenapa sampai jadi macam tu...?
Kalaulah anda diberi pilihan sekarang untuk menyimpan bagi tujuan anak anda...adakah anda memilih untuk bertindak, atau masih dengan tunggu dan lihat? Ingat, aset manusia yang paling berharga tetapi selalu disia-siakan oleh manusia sendiri adalah MASA. Masa terus berlalu.....kalau anda tidak bertindak..maknanya anda terkebelakang. Sebab masa terus berjalan ke hadapan tanpa menunggu kita.Fikir-fikirkan lah....
Sebenarnya, selain dari insurance atau takaful dijadikan sebagai method untuk menyimpan duit bagi tujuan pelajaran anak2....ada beberapa cara lain seperti membeli aset (e.g sebiji rumah untuk seorang anak, membuat pelaburan perniagaan dan sebagainya). Pun begitu, insurance merupakan teknik paling asas untuk menyediakan plan pendidikan untuk anak.
0 comments Labels: Artikel 3
Kenapa Penting Medical Card yang Guaranteed Renewal dan Non-Cancellable?
Saya nak kongsi sedikit, kenapa pentingnya amik medical card yang Guaranteed Renewal dan Non-Cancellable.
Saya sebagai agent dok selalu bagitau pasal nie...mungkin ada pembaca yang kurang faham atau tak nak amik port. Cuma kat sini, saya nak tunjukkan...real case...client tak bleh nak renew medical card so, mungkin kalau harga tinggi sikit pun ok lagi asalkan boleh renew...tapi kalau tak boleh renew, masa tu nak amik policy lain?..Sebab tu, kalau yang standalone medical card nie, kena baca bebetul term and cond dia. Walau pun guaranteed renewal, ada tertakluk kepada pembatalan portfolio ke tidak...i.e Non-Cancellable Baca le artikel nie. Mudah-mudah memberi kita iktibar.
Kalau dalam keadaan di atas nie, masa tu baru nak cari plan lain utk gantikan. Kalau masih sihat ok lah, kalau dah sakit, atau dah banyak kali claim. Bukan sesenang company lain nak terima. Tambahan pulak, bukan murah premium masa tu.
Macam medical card Prudential/PruBSN yang dimasukkan sekali dalam link policy (investment link atau takafulink)...memang caj medical card akan naik jugak, tapi disebabkan ada elemen simpanan tu, boleh le cover sikit duit cash value tu untuk bayar premium masa kita dah retire nanti. Medical card masih diperlukan...tapi sebab dah pencen, income kurang. Boleh pakai cash value untuk cover sikit.
Tapi, ada jugak diantara orang yang saya jumpa dia cakap.." Alahhh..umur 60 tahun, lama lagi..(umur dia masa tu 27 tahun)....too far for me..."...chewaaahh, dia tak ingat ke, kalau sekarang tak fikir, bila nak fikir?...kalau sekarang tak plan, and tak laksanakan plan, bila nak buat?..dah umur 65, and dapat tau medical card tak boleh renew, baru nak cari option lain....masa tu dah terlambat.
Sekian.
0 comments Labels: Artikel 2
Kenapa Ambil Medical Card
Ada satu artikel menarik dari NST April 2009. Since saya ni dalam bidang insurance/takaful yang focus kepada medical card, so apa bila terbaca artikel nie, saya terkedu dan berfikir sendiri....(Sumber : NST 20 Apr 2009)
Tengok lah sendiri keadaan di dalam Wad. Sanggupkah kita menerima tetamu yang datang melawat apabilal kita sakit dalam keadaan begini begini? Fikirkan sendiri....
Saya ingin kongsikan kepada kawan2 sekalian terutamanya yang tinggal di kawasan Shah Alam dan Klang serta sekitarnya. Apa kaitannya dengan apa yang saya buat sekarang?....kami memberikan penyelesaian alternatif kepada orang ramai yang mungkin merasakan perkhidmatan hospital kerajaan kurang selesa disebabkan keadaan pesakit yang begitu ramai. Jangan salahkan sesiapa. Keadaan ini memang akan berlaku apabila populasi bertambah. Jadi, kita lihat apa jalan penyelesaian yang ada. Sebabnya, kalau kita focus kepada masalah, masalah takkan selesai, sebaliknya akan menjadi lebih besar. Focus kepada penyelesaian.Insyallah masalah akan selesai.
Berdasarkan statistik yang saya tunjukkan di atas. Lihat sahaja jumlah katil yang ada di HTAR dan pesakit yang masuk.....occupancy rate 2007 : 108% manakala meningkat 11% kepada 119% pada tahun berikutnya. Bagaimana dengan 2009. Adakah semakin berkurang?..ditambah lagi dengan kes H1N1....
Kalau anda MEMPUNYAI PILIHAN, ulang kata...kalau anda MEMPUNYAI PILIHAN, sekiranya memerlukan rawatan dan perlu dimasukkan ke hospital...adakah anda memilih untuk masuk ke HTAR atau hospital swasta?...saya ingin tegaskan bukan masalah masuk HTAR tidak mendapat rawatan yang sempurna, tapi ini lebih kepada keselesaan ( mungkin subjective kepada pelbagai orang)...Dan kita jangan terus menuding jari bahawa staff HTAR tak bagus, sebabnya, pada saya, kalau dah ramai sangat pesakit, kakitangan pun tak cukup, prestasi akan terjejas sedikit sebanyak. Itu yang yang saya ingin tegaskan.
Jadi, antara penyelesaian yang mungkin boleh diambil (pendapat saya...)
Untuk golongan yang berkemampuan untuk membeli insurans / takaful perubatan, saya sarankan untuk mereka beli polisi. Sebabnya, apabila anda ada polisi insurance perubatan, anda akan pergi mendapatkan rawatan di hospital Swasta yang berdekatan. Kalau di Shah Alam (KPJ Selangor Specialist Hospital, DEMC, Salam Medical Center) dan kalau Klang (Sri Kota Medical Center, Pantai Klang Medical Center). Jadi, secara tidak langsung akan kurangkan penumpuan untuk mendapatkan rawatan di HTAR. Selain itu, dari segi tanggungjawab sosial pula, kita beri laluan kepada orang yang kurang berkemampuan untuk membeli polisi insurance perubatan untuk mendapatkan rawatan di HTAR.
Mungkin ada yang mengatakan, "saya pun nak dapatkan kos rawatan yang rendah di HTAR" sedangkan mereka2 ini mampu. Harap dapat fikirkan sejenak apa yang saya ingin terangkan.
Sekiranya anda mampu atau mempunyai pendapatan hingga layak untuk di kenakan cukai pendapatan, anda berhak untuk claim income tax exemption sebanyak Rm 3000 setahun (medical dan pendidikan anak2)...Sebenarnya ini pun salah satu bentuk insentif yang diberikan oleh kerajaan. Berani saya katakan bahawa kita boleh dapatkan medical card insurance secara PERCUMA. Mengapa tidak?..ramai antara kita yang tidak perasan bahawa kita membayar cukai pendapatan tanpa pengeculian cukai insurance perubatan/pendidikan anak yang diberikan oleh kerajaan.
Untuk mengetahuan semua, sekiranya kita lihat dari segi premium (caruman untuk mendapatkan medical insurance/takaful ini)...dengan RM 3,000 setahun, anda mungkin boleh mendapat manfaat bilik individu di hospital (single bedded)* bergantung kepada umur....Tapi masih ramai lagi yang beranggapan bahawa mempunyai medical insurance nie merupakan satu tindakan yang merugikan....
Jadi saranan saya, ambil tahu mengenai medical insurance yang ada di pasaran sekarang ini. Sekiranya anda ingin tahu plan medical dari Prudential atau PruBSN takaful, boleh request quotation daripada saya dengan melengkapkan request form yang ada pada menu di sebelah kanan blog saya ini.
Sekali lagi, .....AMBIL TAHU, beli ke tidak itu soal no 8. Ada persoalan 1 sampai 7 yang anda perlu tahu pasal medical card / medical insurance nie.
Jadi, jangan berlengah lagi...Bertindak sekarang....
0 comments Labels: Artikel 1
Takaful PruBSN
* PROFAIL SYARIKAT
">
* Laman Utama
* Konsep Takaful
* Takafulink
* Takaful Cerdik
* Medical Card / Takaful Health
* Takaful Puteri
* PruBSN Ummah
* PruBSN Protect / Protect Plus
* PruBSN CrisisCover
* Contoh Pelan Takaful
* 36 Penyakit Kritikal
* Penyakit Spesifik
* Hospital Panel
* Cara nak claim?
* Testimonial
* Soal Jawab Produk
* Lokasi & Hubungi Kami
* Ko-Takaful
* Artikel
* Slide