KENAPA PERLUNYA TAKAFUL

Saturday, March 13, 2010 |

Demi Masa...Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati

Tanya lah pada diri anda sendiri...
  • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?
  • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
  • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?

Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?
  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
  • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM 500k – 1.5Juta

Terdapat 5 keperluan utama bagi seseoarang dalam membuat keputusan untuk mendapatkan pelan Takaful.

1-Mati Terlalu Awal (Dying Too Soon)
-Melindungi keluarga daripada kerugian kewangan akibat kematian tidak dijangkaMeninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan. Terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful. Sekiranya anda sebagai agent takaful, anda boleh membantu golongan ini.

2-Hilang Keupayaan(Living Too Long)
-Melindungi diri daripada kerugian pendapatan akibat kecederaan / sakit / penyakitPendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan. Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan.

3-Hidup Terlalu Lama (Living Death)
-Merancang untuk persaraan
Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan....perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba2 mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara.....ya..mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. Sebab kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh Pihak Takaful.

4-Masa Depan Anak-anak(Child Education)
- Simpanan untuk pendidikan anak-anak
Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. Keperluan untuk itu amat mendesak. Kalau anda jadi agent Takaful, anda boleh bantu mereka, beri nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan simpanan pelajaran untuk anak mereka yang mempunyai ciri2 berikut "SECURED, IMMEDIATE, GUARANTEED"....Dan anda dibayar komisen atas tugas anda


5-Membina Kekayaan (Wealth Creation)
- Simpanan & pelaburan
Semua orang ingin mengumpul kekayaan, tapi masih ramai yang tak tau bagaimana. Sekiranya anda menjadi Agent Takaful, anda boleh membantu mereka merancang kewangan mereka untuk mencapai objektif kewangan mereka. Bantu mereka dan anda dibayar komisen diatas tugas anda.

Melalui Pelan Takafulink membolehkan kesemua keperluan ini dapat dipenuhi dengan hanya melalui satu sumbangan bulanan yang mampu dibayar.

0 comments:

Post a Comment