Ejen dan Produk Tonggak Keberkesanan Saluran Pengedaran
Sungguhpun baru lima tahun beroperasi, Prudential BSN Takaful Berhad hari ini muncul antara syarikat takaful paling dinamik di Malaysia.
Digerakkan barisan ejen seramai 10,100 orang (8500 ejen Prudential Assurance Malaysia Berhad and 1600 ejen PruBSN), jauh lebih kecil saiznya berbanding pengendali insurans veteran di pasaran, namun PruBSN pada tahun lalu telah berjaya menguasai 31 peratus pasaran daripada keseluruhan pungutan sumbangan berkala perniagaan baru untuk segment industri Takaful di Malaysia. Selain produk yang inovatif, keberkesanan saluran pengedaran turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pencapaian ini.
Sebahagian besar daripada tanggungjawab ini terletak di bahu Wan Mohd Zamzuri, selaku Ketua Pegawai Agensi PruBSN.
“Peranan Ketua Pegawai Agensi ialah membantu memacu jualan syarikat bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dengan skop kerja, antaranya, merangka latihan dan garis panduan ejen-ejen kami,” jelas beliau.
Ejen PruBSN dilatih supaya mengambil pendekatan terbuka dan berterus terang dengan pelanggan.
“Ejen kami akan menerangkan dan menjelaskan kepada pelanggan pilihan-pilihan perlindungan yang ada dan akan mencadangkan padanan yang sesuai dengan kemampuan kewangan dan keperluan perlindungan pelanggan itu,” kata beliau sambil menambah kepercayaan adalah teras kejayaan saluran agensi PruBSN.
Keberkesanan saluran pengedaran PruBSN terlihat pada prestasi suku kewangan keempat 2010 apabila ia menguasai 42 peratus pasaran untuk segmen sumbangan berkala yang diperoleh daripada perniagaan baru.
Rangkaian produk di bawah PruBSN meluas dan inovatif. Takafulink umpamanya, adalah satu produk komprehensif, yang telah direka khas bagi membolehkannya digabungkan dengan 34 manfaat tambahan atau pilihan bagi mempertingkatkan perlindungan, simpanan atau pelaburan.
Maka tidaklah hairanlah apabila Takafulink muncul sebagai produk paling berjaya di pasaran dan merupakan produk berkaitan pelaburan yang pertama ditawarkan untuk segment Takaful di Malaysia.
Setakat 31 Mac 2011 pemegang sijil Takafulink mencecah 214,000 orang.
Pada November 2010, PruBSN telah melancarkan satu produk yang inovatif di pasaran, iaitu PruBSN Ummah. Produk ini yang merangkumi segala aspek berkaitan dengan elemen perlindungan dan simpanan serta melengkapi keperluan Haji/ Umrah. Disebabkan ciri-ciri inovatif inilah PruBSN Ummah telah mendapat sambutan memberangsangkan sejak dilancarkan.
“Populariti produk PruBSN adalah kerana ia mengambil kira maklum balas pengguna yang mahukan pelan perlindungan bersesuaian dengan kemampuan, kehendak dan skop perlindungan tambahan yang diperlukan,” kata Wan Mohd Zamzuri.
“Inovasi yang kami perkenalkan membuka lembaran baru dalam industri takaful di negara ini”.
PruBSN juga memberi sokongan menyeluruh kepada ejen-ejennya melalui pelbagai program dan insentif yang dirumus khas. “Kami sentiasa memastikan ejen-ejen kami dilengkapi dengan sokongan yang memudahkan mereka,“ kata Wan Mohd Zamzuri. PruBSN menyediakan untuk ejen-ejennya latihan yang menyeluruh yang merangkumi aspek perniagaan, motivasi, produk dan teknikal.
Selain sokongan yang merangkumi pelbagai aspek, PruBSN juga percaya kepantasan meluluskan permohonan juga penting dalam kelancaran operasi agensi. Oleh kerana itu, PruBSN telah meperkenalkan PruBSNnetz dan
Takafulnet sebagai kemudahan untuk ejen-ejen di bawah naungannya. Dengan PruBSNnetz, kaedah secara dalam talian ini membolehkan permohonan kes baru diluluskan dengan cara electronic untuk menjimatkan masa dan tenaga. Tiada lagi borang permohonan secara fizikal diperlukan dan transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Takafulnet pula merupakan satu kemudahan yang disediakan untuk ejen-ejen PruBSN bagi membolehkan mereka memantau kemajuan mereka secara dalam talian. Takafulnet juga membolehkan ejen-ejen PruBSN memantau butiran pelan produk-produk milik pelanggan-pelanggan mereka. Dengan kemudahan ini juga, ejen PruBSN boleh melihat jika mereka memenuhi sasaran bulanan dan mengambil langkah seterusnya untuk memajukan perniagaan mereka. Takafulnet juga memudahkan transaksi ejen dengan PruBSN dan seterusnya menggalakkan ejen untuk terus menjalankan perniagaan mereka.
Sejak empat bulan lalu, PruBSN telah berjaya memperolehi 38,500 pelanggan baru atau 10,000 pelanggan baru sebulan.
“Wawasan kami ialah menjadikan ejen kami sebagai pusat sehenti menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan merangkumi perlindungan takaful, simpanan serta pelaburan,” kata Wan Mohd Zamzuri.
0 comments Labels: Artikel
Tips Terkini
0 comments Labels: Artikel
Pengurusan kewangan masa depan
JIKA anda sudah mencecah usia 40 tahun dan masih belum lagi memikirkan tentang perancangan kewangan, usah resah. Masih belum terlewat tetapi perancangannya perlu disegerakan. Perancangan kewangan bukan hanya untuk orang kaya, anda mungkin perlu mengubah tanggapan segera. Sebenarnya perancangan kewangan lebih penting untuk mereka yang tidak berharta. Alasannya cukup mudah: orang biasa perlu memastikan pendapatan mereka yang terhad mampu menampung pelbagai keperluan hidupnya.
Pada usia 40-an, anda mungkin terpaksa menampung perbelanjaan keluarga yang semakin besar. Sama ada anda sedang memikirkan cara untuk menanggung kos pengajian tinggi anak atau membiayai sara hidup ibu bapa yang lanjut usia, anda mungkin mendapati diri anda kesempitan wang.
Justeru, OCBC Al-Amin ingin berkongsi dengan anda beberapa petua perancangan kewangan untuk menangani masalah kewangan apabila anda mencapai usia berkenaan:
Petua 1: Mula memikirkan persaraan anda
Buat permulaan, anggarkan berapa banyak yang anda perlu untuk hidup semasa bersara. Nilai anggaran sudah pun memadai dan harus merangkumi belanja sara hidup, kos perubatan tertentu dan sebarang hutang yang perlu anda bayar selepas bersara.
Setelah anda mengenal pasti jumlah tersebut, anda akan dapat mengetahui berapakah nilai persaraan anda. Nilai persaraan ialah jumlah wang yang perlu anda ada apabila anda bersara sebagai bekalan untuk menyara hidup anda sepanjang usia emas, apabila anda tiada lagi pendapatan tetap. Contoh kami memang ringkas dan anda sendiri mungkin perlu melakukan penyelidikan lanjut untuk kes anda. Kami membuat pengiraan berasaskan nilai anggaran. Jadi, andaikan anda memerlukan RM48,000 setahun untuk menampung gaya hidup anda semasa bersara, berasaskan andaian kadar pulangan lima peratus setahun, anda memerlukan nilai persaraan RM960,000 (RM48,000 dibahagikan dengan lima peratus setahun).
Langkah seterusnya ialah mengenal pasti jurang antara nilai persaraan dan sumber tabungan, contohnya KWSP apabila bersara dan simpanan anda setakat ini. Tetapkan matlamat untuk merapatkan jurang ini. Anda mungkin perlu mengisi tabungan atau pelaburan.
Hakikatnya, lebih lewat anda mula menabung untuk persaraan, lebih banyak usaha yang anda perlu curahkan untuk mencapai matlamat anda. Ia boleh dilakukan dengan mengambil langkah di atas, jadi jangan biarkan keraguan dan rasa tawar hati menghalang anda daripada bermula sekarang, tanpa mengira usia.
Petua 2: Fikirkan pendidikan anak anda
Jika anda seperti kebanyakan ibu bapa lain, menabung untuk pendidikan universiti anak anda ialah satu keutamaan dan cabaran besar. Apatah lagi dengan cabaran dan persaingan yang perlu dihadapi dalam pasaran kerja kini yang mementingkan segulung ijazah.
Untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak, satu langkah bijak yang boleh diambil ialah dengan menganggapnya sebagai satu matlamat kewangan yang perlu dipenuhi. Buat penyelidikan tentang institusi pengajian tempatan dan asing. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk membiayai matlamat ini seperti pinjaman pelajar dan biasiswa. Dengan mengetahui pilihan yang ada, anda dapat mengawal wang anda.
Petua 3: Susun semula perbelanjaan anda
Usia 40an menandakan tempoh peralihan dalam hidup kerana kita menghadapi pelbagai cabaran. Hadapi perubahan ini dengan menentukan keutamaan matlamat anda. Kaedah asas masih boleh diguna pakai dan pada ketika ini, anda boleh mendapat banyak manfaat dengan mematuhi disiplin berikut:
l Mengetahui perbelanjaan anda
l Elakkan berbelanja berlebihan
l Utamakan tabungan
Asas ini sangat penting semasa anda memasuki usia 50an dan persaraan anda.
Petua 4: Dapatkan perlindungan Takaful (PruBSN Takaful amnya)
Akhir sekali, kami ingin menekankan betapa pentingnya anda mendapatkan perlindungan takaful. Jika anda sudah mempunyai Takaful, nilai semula perlindungan anda untuk memastikan ia masih memenuhi keperluan anda. Jika anda tidak mempunyai Takaful, pastikan anda mendapatkannya sekarang terutamanya jika anda mempunyai orang di bawah tanggungan yang bergantung pada anda untuk sokongan kewangan.
Pemergian anda mungkin sukar dihadapi oleh orang tersayang. Jangan pula mereka terpaksa dibelenggu masalah kewangan apabila anda sudah tiada. Kos pengkebumian juga mungkin menelan belanja besar dan menimbulkan tekanan. Kami mengesyorkan perlindungan asas untuk menampung belanja pengkebumian dan menanggung sara hidup keluarga untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Anda juga perlu mempertimbangkan perlindungan seperti pembiayaan rumah, pendidikan anak atau matlamat persaraan suami/isteri anda.
Walaupun kedudukan kewangan bagi orang yang berusia 40an berbeza-beza, ada baiknya anda memikirkan jangkaan kewangan anda untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang. Keputusan yang anda buat akan memberi anda jaminan pada masa depan.
Oleh MUZIR KASSIM
Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna, OCBC Al-Amin Bank Berhad
0 comments Labels: Artikel
Prubsn Ummah - Jaminan Haji untuk Anda
PruBSN Ummah
Suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita menunaikan kewajipan rukun islam ke-5 iaitu menunaikan fardhu Haji. Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan untuk membantu kita menunaikan kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.
Bagaimana plan PruBSN UMMAH dapat membantu anda untuk menjamin simpanan Haji dan Umrah?
1. Manfaat-manfaat Haji/Umrah
Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang tunaikan haji).
Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah
2. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
3. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.
Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
4. Meningkatkan simpanan usia emas anda
Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
5. Manfaat-manfaat penyakit kritikal
Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.Sila rujuk senarai penyakit-penyakit kritikal.
6. Bonus Loyalti.
Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.
Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
* Umur anda
* Jumlah dan terma perlindungan anda
* Status kesihatan anda
* Jantina anda
* Tahap risiko pekerjaan anda
* Kaedah pembayaran anda
* Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
0 comments Labels: PruBSN Ummah
Takaful PruBSN
* PROFAIL SYARIKAT
">
* Laman Utama
* Konsep Takaful
* Takafulink
* Takaful Cerdik
* Medical Card / Takaful Health
* Takaful Puteri
* PruBSN Ummah
* PruBSN Protect / Protect Plus
* PruBSN CrisisCover
* Contoh Pelan Takaful
* 36 Penyakit Kritikal
* Penyakit Spesifik
* Hospital Panel
* Cara nak claim?
* Testimonial
* Soal Jawab Produk
* Lokasi & Hubungi Kami
* Ko-Takaful
* Artikel
* Slide