Insurans hayat jaminan hidup masa depan

Friday, November 12, 2010 |

Pelanggan boleh pilih tempoh matang dan kongsi keuntungan

IBARAT kata Tom Hanks dalam filem lakonannya Forrest Gump, hidup kita umpama sekotak coklat.
Cabaran yang kita hadapi selalunya berlaku di luar jangkaan kita. Justeru,kita perlu sentiasa bersedia untuk mengharungi dugaan hidup terutama dari segi kewangan kerana kita tidak tahu bila musibah bakal melanda. Seperti kata pepatah, malang tidak berbau.

PELAN insurans dapat mengurangkan beban kewangan ketika ditimpa musibah.

PERLINDUNGAN insurans boleh membantu apabila berdepan bencana seperti kebakaran.
Namun dengan keadaan inflasi yang melambung tinggi serta peningkatan kos hidup secara berterusan, kita memerlukan sesuatu yang lebih kebal selain daripada wang simpanan dalam bank demi menjamin kesinambungan hidup serta kesejahteraan ahli keluarga sekiranya sesuatu yang tidak terduga menimpa.
Salah satu caranya adalah menerusi insurans.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan, insurans hayat sementara adalah pilihan terbaik bagi mereka.
Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Bhd, Heng Zee Wang, berkata insurans jenis ini lazimnya hanya memberikan perlindungan bagi tempoh tertentu atau masa yang terhad berdasarkan premium tertentu.
Ia tidak mempunyai sebarang ciri-ciri simpanan. Namun, sekiranya anda inginkan jaminan perlindungan yang lebih menyeluruh, ia boleh ditukar menjadi insurans hayat seumur hidup mahupun endowmen tanpa memerlukan sebarang bukti kesihatan.
"Dengan insurans hayat seumur hidup, anda akan menikmati kelebihan seperti nilai tunai dan peluang untuk berkongsi dalam keuntungan yang diperoleh oleh syarikat insurans. Tempoh kematangan bagi insurans jenis ini jauh lebih panjang dan lazimnya mencecah umur 100 tahun," kata Heng.
Sekiranya anda mahukan sesuatu yang memberikan pulangan dalam tempoh yang lebih singkat, insurans hayat endowmen adalah jawapan anda.
Tempoh kematangannya jauh lebih singkat berbanding insurans hayat seumur hidup.
Ada antaranya yang mencapai kematangan seawal lima tahun.
Lazimnya anda bebas menentukan tempoh kematangan bagi insurans ini mengikut keperluan anda.
Contohnya anda boleh memilih endowmen untuk mencapai kematangan apabila anda bersara bagi menampung perbelanjaan anda kelak selain daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Endowmen turut memberikan anda peluang untuk berkongsi dalam keuntungan syarikat insurans.
Selain daripada ketiga-tiga jenis insurans hayat yang dinyatakan di atas yang diklasifikasi sebagai polisi hayat tradisional, anda juga boleh memilih untuk melabur dalam pelan insurans berkait pelaburan (ILIP) yang menawarkan kebebasan serta ketelusan yang lebih tinggi dari segi pengurusan wang pelaburan anda.
Anda dapat menentukan tahap perlindungan dan pelaburan yang anda ingini, serta menentukan dana yang mana premium anda akan dilaburkan.
Pendek kata, pulangan yang bakal anda peroleh bergantung kepada prestasi pasaran serta pilihan anda.
Namun, sekiranya anda merasakan risikonya terlalu tinggi, anda boleh memilih insurans tanpa penyertaan yang menawarkan jaminan dividen minimum yang kini boleh didapati di Malaysia.
Heng berkata, salah satu kelebihan utama insurans jenis ini berbanding ILIP ialah jaminan yang diberikan terhadap pulangan pelaburan anda tidak kira apa juga keadaan pasaran, sekali gus mengurangkan pendedahan risiko terhadap pelaburan anda.
Di Malaysia, Prudential ialah syarikat insurans pertama untuk memperkenalkan produk ini.
Dalam soal perlindungan, tidak timbul soal pelan yang betul mahupun yang salah.
Apa yang penting cuma kesesuaiannya berdasarkan keperluan serta kemampuan masing-masing. 
Jadi buatlah pilihan terbaik untuk melakarkan pelan perlindungan yang paling menyeluruh untuk anda dan keluarga.
Selain itu, dapatkan khidmat pakar perancang kewangan untuk membantu anda membuat perancangan terbaik bagi menjamin kesejahteraan hidup anda dan keluarga.

PruBSN UMMAH

Sunday, November 7, 2010 |



Bagaimana plan PruBSN UMMAH dapat membantu anda untuk menjamin simpanan Haji dan Umrah?


1. Manfaat-manfaat Haji/Umrah.

Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.

Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang tunaikan haji).

Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.


2. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.

Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.

Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.


3. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.

Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.

4.Tingkatkan simpanan anda.

Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.


5. Manfaat-manfaat penyakit kritikal.

Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.


6. Bonus Loyalti.

Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.






7. Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini??

Sumbangan bulanan minimum adalah
RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun