PruBSN CrisisCover

Tuesday, September 21, 2010 |

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%
Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.

PruBSN Protect / Protect Plus

|

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah

  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Konsep PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect Plus